Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3,449 orang di Johor Bahru terjejas akibat banjir

Anggaran Waktu Membaca:
3,449 orang di Johor Bahru terjejas akibat banjir

(Gambar: Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor)

Diterbitkan : 12 Jan 2025 11:47AM Dikemas Kini : 12 Jan 2025 11:48AM
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat manakala di Perak dan Terengganu kekal sejak Sabtu (11 Jan) malam.

Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8.00 pagi Ahad (12 Jan), berbanding 2,524 orang dicatat pada Sabtu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa daripada 1,023 keluarga itu ditempatkan di 36 PPS yang beroperasi di lima daerah terjejas.

"Kota Tinggi menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,160 mangsa dipindahkan ke PPS, diikuti Kulai (748), Johor Bahru (605), Kluang (506) dan Pontian (430)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata tiga sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.03 meter (m), Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.75 m) dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai (21.07 m).

Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) di Kota Tinggi, katanya masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan