Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3,400 diarah keluar susuli kebakaran gudang di Hong Kong

Anggaran Waktu Membaca:

HONG KONG: Pasukan bomba Hong Kong pada Jumaat (24 Mac) berusaha bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah gudang yang memaksa 3,400 orang, termasuk pelajar, untuk dipindahkan, menurut polis. 

Asap tebal turut kelihatan di mana kebakaran itu tercetus sekitar pukul 2.00 petang di sebuah gudang di Fat Tseung Street di Cheung Sha Won, iaitu salah satu kawasan kediaman dan perindustrian di Kowloon, menurut pemerintah. 

Dua orang yang bekerja berdekatan gudang itu, jatuh sakit setelah terhidu asap tebal dan ramai orang di empat sekolah dan sebuah bangunan kediaman berdekatan sudah dipindahkan ke tempat selamat, menurut polis. 

"Jumlah orang yang dipindahkan berpotensi meningkat," menurut polis. 

Punca kebakaran masih belum diketahui. 

Para pegawai di tempat kejadian turut memakai peralatan pernafasan. 

Pemerintah membuka tempat perlindungan sementara di sebuah pusat sukan bagi penduduk yang memerlukan dan menasihatkan orang awam agar menutup pintu dan tingkap mereka jika mereka terjejas oleh asap dan bau asap. 

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan