340 cedera akibat mercun sempena Krismas, Tahun Baharu di Filipina
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
MANILA: Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Rabu (1 Jan) melaporkan sebanyak 340 kecederaan akibat mercun direkodkan di seluruh negara sepanjang sambutan Krismas dan Tahun Baharu, lapor Xinhua.
DOH menyatakan jumlah keseluruhan kecederaan yang dicatatkan dari 22 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 adalah 34 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Menurut jabatan itu, hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.
DOH juga memaklumkan bahawa 239 daripada mangsa adalah individu berusia 19 tahun ke bawah. Daripada keseluruhan 340 kes, 299 melibatkan lelaki dan 41 wanita.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.