33,000 khidmat kesihatan disediakan kepada jemaah umrah dalam 10 hari pertama Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Abdel Ghani Bashir/AFP)
- Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyediakan 33,944 perkhidmatan kesihatan kepada jemaah Umrah dalam 10 hari pertama Ramadan.
- Usaha ini melibatkan sistem bersepadu dan penyelarasan antara pelbagai komponen ekosistem kesihatan untuk memastikan mutu dan keselamatan.
- Perkhidmatan tersebut bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah dan memudahkan ibadah, selaras dengan Program Transformasi Sektor Kesihatan dan Visi Saudi 2030.
- Kementerian Kesihatan memainkan peranan penyeliaan dan kawal selia bagi memperkukuh pematuhan terhadap piawaian yang diluluskan.
RIYADH: Sektor kesihatan Arab Saudi sudah memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada jemaah Umrah, dengan menyediakan sebanyak 33,944 perkhidmatan kesihatan sepanjang 10 hari pertama Ramadan.
Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada sistem bersepadu yang bertujuan untuk memudahkan akses kepada jagaan kesihatan mengikut piawaian mutu dan keselamatan yang tertinggi, lapor Saudi Gazette.
Ini bagi meningkatkan pengalaman kesihatan keseluruhan para jemaah dan membolehkan mereka menjalankan ibadah dengan mudah dan tenang. Perkhidmatan ini sejajar dengan matlamat Program Transformasi Sektor Kesihatan dan Program Pengalaman Jemaah, yang berpunca daripada Visi Saudi 2030, lapor Saudi Gazette.
Usaha ini diteruskan melalui penyelarasan erat antara pelbagai komponen ekosistem kesihatan bagi memastikan mutu dan kelestarian perkhidmatan.
Kementerian Kesihatan memikul peranan penyeliaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan selaras dengan objektif strategiknya, selain fungsi kawal selia dalam memperkukuh pematuhan terhadap piawaian yang diluluskan.
Dengan ini, disiplin dan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah Umrah dapat diperkuatkan.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.