32 wanita Arab Saudi dipilih pandu kereta api ekspres Haramain
Seramai 32 wanita Arab Saudi menerima kelayakan Syarikat Kereta Api Saudi untuk menjadi pemandu Kereta Api Ekspres Haramain, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad (22 Jan).

(Gambar: SPA)
JEDDAH: Seramai 32 wanita Arab Saudi menerima kelayakan Syarikat Kereta Api Saudi untuk menjadi pemandu Kereta Api Ekspres Haramain, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad (22 Jan).
Kumpulan wanita itu meluahkan rasa bangga dapat bekerja dalam bidang itu. Salah seorangnya, Tharaa Ali Al-Zahrani berkata: "Sejak pihak politeknik mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya langsung mohon untuk pekerjaan ini, dan saya lalui temuduga dan ujian, dan saya diterima sebagai salah seorang daripada kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Saudi."
Beliau menambah bahawa Wawasan 2030 membantunya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara, sambil berkata "Pelajar yang layak sudah dilatih dari segi teori dan praktikal mengenai sistem keselamatan dan dapat menjalani latihan memandu kereta api."
Sehubungan itu, Cik Rotella Yasser Najjar pula berkata latihan kepimpinan juga memberi peluang kepada wanita Saudi dan memperkasa mereka untuk bekerja di beberapa lokasi di merata Saudi, termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah Haji dan Umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.