Skip to main content

Dunia

32 maut, lebih 100 cedera dek gempa bumi 7.8 skala Richter di Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
32 maut, lebih 100 cedera dek gempa bumi 7.8 skala Richter di Filipina

(Gambar: Reuters)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 08 Jun 2026 05:56PM Dikemas Kini : 08 Jun 2026 07:45PM
MANILA: Sekurang-kurangnya 32 orang dilaporkan maut dan lebih 100 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah Sarangani di selatan Filipina pagi Isnin, kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Rodrigo Sosmena, pengarah pejabat pertahanan awam tempatan, berkata 12 kematian termasuk tiga mangsa di wilayah Sarangani dan sembilan di wilayah Cotabato Selatan termasuk tujuh di General Santos, sebuah bandar dengan penduduk kira-kira 700,000.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina, pihaknya sedang mengesahkan laporan tiga orang turut maut di wilayah Davao Occidental.

Polis Negara Filipina dalam laporan berasingan memaklumkan lebih 100 orang mengalami kecederaan.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. gempa bumi tektonik berlaku pada 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km), dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di wilayah Sarangani di Pulau Mindanao.

Institut itu memaklumkan ombak tertinggi dicatatkan mencecah 1.4 meter. Media tempatan melaporkan beberapa bangunan runtuh dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran.

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan usaha tindak balas dan pemantauan bencana di seluruh kawasan terjejas serta menggesa penduduk berpindah ke tempat yang lebih tinggi untuk pengungsian.

Filipina mengalami aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, zon sempadan plat tektonik utama yang terkenal dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita