Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

31,183 petugas, unit dron dikerah seluruh M'sia pada hari penamaan calon PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
31,183 petugas, unit dron dikerah seluruh M'sia pada hari penamaan calon PRU15

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Hazani Ghazali. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengerahkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu (5 Nov). 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas berseragam dan tidak berseragam serta Unit Dron PDRM.

Beliau, yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15, berkata PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.

“PDRM menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat (3 Nov).

Sementara itu, di Pulau Pinang, jurucakap PDRM PRU15 Pulau Pinang memaklumkan lebih 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di 13 pusat penamaan calon serta kawasan sekitarnya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar esok.

"Pihak polis turut menutup beberapa jalan utama dan membuka lencongan haluan di 13 pusat penamaan calon itu bagi memastikan kelancaran perjalanan proses tersebut dan orang ramai diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat (3 Nov). 

Jalan-jalan yang terlibat itu ditutup bermula pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari atau sehingga proses penamaan calon selesai, tambahnya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan