300 tan air Zamzam dibekal ke Madinah setiap hari
(Gambar: AFP/Sajjad HUSSAIN)
RIYADH: Pihak Berkuasa Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerja keras untuk menyediakan air Zamzam di Masijd Nabawi, supaya para jemaah dan pelawat boleh menikmati minuman tersebut.
Pihak berkuasa itu membekalkan 300 tan air Zamzam yang dihantar dari Makkah ke Madinah melalui trak, lapor Agensi Akhbar Saudi.
Untuk memastikan air tersebut selamat diminum, seorang kakitangan teknikal khas mengambil lebih daripada 80 sampel setiap hari, dan memeriksanya dengan peralatan canggih.
Sementara itu, Zamazemah Co. dan Majlis Penyelarasan bagi Institusi dan Syarikat Berkhidmat Jemaah Domestik (Mutahed), menandatangani memorandum untuk menyediakan botol air Zamzam kepada jemaah domestik semasa haji.
Perjanjian tersebut bertujuan untuk memastikan khidmat mutu tinggi buat jemaah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.