300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KOTA TINGGI: Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Tinggi meningkat kepada 300 orang setakat pukul 8.00 malam, berbanding 88 orang pada pukul 4.00 petang Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata, mangsa banjir daripada 69 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, lapor Sinar Harian.
"Kesemua mangsa banjir membabitkan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
"Bagaimanapun, lima lembangan sungai di Kota Tinggi membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili berada pada aras normal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, daerah Kota Tinggi menerima curahan hujan yang tinggi bermula sekitar pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari pada Sabtu.
"Hujan lebat menyebabkan beberapa penempatan penduduk dan jalan telah digenangi air.
"Polis Kota Tinggi mengingatkan kepada pemandu kenderaan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama di kawasan digenangi air dan mematuhi papan tanda amaran di lokasi terjejas banjir kilat," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.