30 rumah atas air musnah akibat kebakaran di Semporna
Kira-kira 30 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman awal pagi ini (4 Jun).

(Gambar: Bernama)
SEMPORNA: Kira-kira 30 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman awal pagi ini (4 Jun).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata tiga jentera bersama 17 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.33 pagi.
"Bomba sampai di tempat kejadian empat minit kemudian dengan api marak membakar rumah.
"Anggota bomba berusaha memadamkan api menggunakan sumber air laut, pili bomba serta tangki jabatan air, sekali gus mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain dianggarkan 190 buah rumah lagi," katanya.
Encik Fazizul Hizam berkata, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba Tawau serta Kunak selain agensi seperti Sabah Electricity Sdn Bhd dan polis.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.01 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.