30 rakyat M'sia selamat tinggalkan Pelabuhan Sudan, menuju ke Jeddah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Wisma Putra, kompleks Kementerian Luar Malaysia (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Selepas 30 jam mengharungi perjalanan darat yang amat mencabar, 30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Pelabuhan Sudan menaiki kapal Tentera Laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.
Kementerian Luar Malaysia pada Rabu (26 Apr) memaklumkan bahawa perjalanan merentasi Laut Merah itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.
“Kami menyatakan penghargaan ikhlas kepada Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kerana menjayakan proses pemindahan ini,” menurut Wisma Putra menerusi laman media sosialnya.
Pada Selasa (25 Apr), Menteri Luar Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum tiba di Pelabuhan Sudan pada 8.07 malam waktu Malaysia pada Isnin (24 Apr) selepas melakukan perjalanan darat sejauh 1,233 kilometer yang mengambil masa 30 jam.
Dalam misi itu, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warga negara lain dalam proses pemindahan itu termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin.
Menurut kerajaan Arab Saudi, kapal terbaru yang tiba di Jeddah pada Rabu membawa 1,687 individu yang terdiri daripada 58 kewarganegaraan termasuk warga Indonesia, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis.
Arab Saudi sudahpun menerima beberapa kumpulan individu terkandas dari Sudan melalui udara dan laut bermula dengan kapal-kapal yang tiba di Jeddah pada Sabtu lalu.
Negara-negara asing berpusu-pusu membawa keluar warga negara masing-masing dari Sudan yang terjerumus dalam konflik menyusuli pertempuran yang tercetus antara pasukan tentera (SAF) dan pasukan separa tentera (RSF) sejak pertengahan April.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.