Skip to main content

Dunia

30 maut susuli hujan lebat di Beijing

Anggaran Waktu Membaca:
30 maut susuli hujan lebat di Beijing

Taman yang dipenuhi air berikutan hujan lebat di daerah Miyun di pinggir Beijing, China, 28 Julai, 2025. (Gambar: AP/Mahesh Kumar A)

Diterbitkan : 29 Jul 2025 10:40AM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 10:45AM
BEIJING: Tiga puluh orang maut di Beijing sehingga tengah malam Isnin (28 Jul) akibat hujan lebat yang melanda ibu negara China.

Demikian lapor agensi berita rasmi Xinhua pada Selasa.

Kematian dilaporkan di daerah pergunungan utara Beijing, dengan 28 di Miyun dan dua di Yanqing. Media pemerintah tidak menyatakan bila atau bagaimana kematian itu berlaku.

Hujan lebat bermula pada hujung minggu dan bertambah lebat di sekitar Beijing serta wilayah-wilayah berdekatan pada Isnin, dengan ibu negara menerima taburan hujan sehingga 543.4mm di daerah utaranya, kata Xinhua.
Related article image
Penduduk melihat jalan yang rosak dipenuhi dahan pokok patah selepas hujan lebat di Bandar Taishitun, daerah Miyun di pinggir Beijing, China, 28 Julai 2025. (Gambar: AP/Mahesh Kumar A)
Beijing juga sudah memindahkan 80,322 penduduk akibat hujan itu, lapor Xinhua. Jalan raya dan prasarana komunikasi rosak, dan 136 perkampungan terputus bekalan elektrik sehingga tengah malam Isnin.

Lewat Isnin, Presiden China Xi Jinping mengarahkan usaha mencari dan menyelamat secara "habis-habisan" untuk mengurangkan angka korban.

Beijing mengeluarkan amaran hujan dan banjir tahap tertinggi pada Isnin, menasihati penduduk untuk tidak meninggalkan rumah mereka.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita