Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

30 maut serangan bom di masjid Kandahar

Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
30 maut serangan bom di masjid Kandahar

Anggota Taliban berkawal di luar sebuah masjid di Kandahar, Afghanistan pada 15 Okt 2021 susuli satu serangan. (Gambar: JAVED TANVEER/AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 07:50PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 07:54PM

KABU: Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat (15 Okt), membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai keselamatan masjid itu Murtaza Zarifi mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas serangan bom nekad yang dilakukan kumpulan ISIS di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, mengorbankan 46 orang.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan