Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

30 maut dilanggar trak di lebuh raya

Sekurang-kurangnya 30 penduduk asli Guatemala mati dilanggar sebuah trak panjang di sebuah lebuh raya yang terletak di kota Nahuala, di bahagian barat negara itu. Jumlah korban nahas tersebut disahkan pasukan penyelamat tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
30 maut dilanggar trak di lebuh raya

Lebih 30 maut dalam kemalangan trak di Guatemala. (Gambar: Bomberos Voluntarios/Twitter)

Diterbitkan : 28 Mar 2019 03:27PM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 03:30PM

BANDAR GUATEMALA: Sekurang-kurangnya 30 penduduk asli Guatemala mati dilanggar sebuah trak panjang di sebuah lebuh raya yang terletak di kota Nahuala, di bahagian barat negara itu. Jumlah korban nahas tersebut disahkan pasukan penyelamat tempatan.

"Para pegawai dari Jabatan Bomba menghitung sekurang-kurangnya 30 orang maut sejauh ini," kata jurucakap Cecilio Chacaj kepada pihak media.

Sebelum kejadian, kumpulan itu sedang mengerumuni tempat berlakunya kemalangan langgar lari di lebuh raya berkenaan yang menyebabkan seorang terkorban. Malangnya, mereka pula dilanggar trak, tambah Encik Chacaj.

Guatemala, sebuah negara di Amerika Tengah, didiami sekitar 16.5 juta penduduk. Negara itu bagaimanapun mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang buruk dengan peraturan trafik sering kali tidak diendahkan.  

Sumber : AFP/AQ/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa