Skip to main content

Dunia

30 maut dalam serangan udara Israel di sekolah Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan para penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di bahagian tengah Carikan Gaza.

Demikian menurut sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis (6 Jun).

Menurut sumber itu, jet-jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam kenyataannya, pejabat media pemerintah Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat".

Menurut pihak berkuasa tersebut, serangan berterusan oleh tentera Israel "menjadi bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam".

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita