Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

30 maut, 40 cedera susuli letupan masjid Kabul semasa solat Maghrib

Para saksi menyatakan letupan di masjid Kabul itu dilancarkan oleh seorang pengebom nekad.

Anggaran Waktu Membaca:
30 maut, 40 cedera susuli letupan masjid Kabul semasa solat Maghrib

Jenazah mangsa diusung selepas letupan di masjid Kabul. (Gambar: Ebrahim Noroozi/AP)

KABUL: Seramai 30 orang maut dan lebih 40 yang lain cedera dalam letupan di sebuah masjid di Kabul semasa solat Maghrib pada Rabu (17 Ogos), lapor koresponden Sputnik, sambil memetik sumber.

Senarai mangsa itu termasuk ustaz terkenal Amir Mohammad Kabali.

Belum ada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Para saksi menyatakan letupan itu dilancarkan oleh seorang pengebom nekad.

Taliban mendakwa mereka mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan tetapi kumpulan pengganas Daesh (ISIS) terus melancarkan serangan ke atas orang awam dan polis di seluruh negara.

Dua minggu lalu, dua letupan maut di Kabul meragut 10 nyawa dan mencederakan 40 yang lain.

Menurut laporan media, Daesh (ISIS) mengaku bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan itu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan