Skip to main content

Dunia

30 kru filem berjaya diselamatkan dari terperangkap banjir di Gua Tempurung

Anggaran Waktu Membaca:
30 kru filem berjaya diselamatkan dari terperangkap banjir di Gua Tempurung

(Gambar: Facebook/Bernama)

Diterbitkan : 26 Oct 2022 10:09PM
KUALA LUMPUR: Sekitar 30 krew filem yang dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung di Perak semasa hujan lebat pada Rabu (26 Okt) berjaya diselamatkan.

Du pegawai polis yang enggan mendedahkan identiti mengesahkan, semua yang terperangkap berjaya diselamatkan. Tiada lagi butir dikeluarkan.

Menurut Ketua Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud kakitangan penggambaran itu terdiri daripada rakyat Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu, sambil menambah bahawa krew penggambaran itu tidak dapat keluar dari gua kerana banjir kilat.

Menurut satu laporan New Straits Times, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kru tersebut sedang membuat penggambaran di dalam gua itu untuk filem terbitan Hong Kong. Mereka diselamatkan kurang dua jam selepas jabatan itu dimaklumkan mengenai situasi itu.

Gua Tempurung, merupakan rangkaian ruang menjalur lebih 3 kilometer, yang dipercayai gua batu kapur terpanjang dan terbesar di semenanjung Malaysia. Ia merupakan tarikan pelancong yang popular, dengan laluan pejalan kaki dan pencahayaan disediakan.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita