30 kambing, 50 ayam rentung kandang terbakar di Kulim
Sebanyak 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam yang diternak di sebuah kandang rentung dalam satu kebakaran di Jalan Kampung Permatang Durian dekat Kulim, yang berlaku awal pagi tadi (3 Mac).

(Gambar: Bernama)
ALOR SETAR: Sebanyak 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam yang diternak di sebuah kandang rentung dalam satu kebakaran di Jalan Kampung Permatang Durian dekat Kulim, yang berlaku awal pagi tadi (3 Mac).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.38 pagi.
“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech telah dikejarkan ke lokasi. Setibanya di sana, kami dapati memang berlaku kebakaran di kandang kambing dan ayam kelas C yang sudah musnah 90 peratus.
“Kebakaran itu juga telah menyebabkan dua individu yang dipercayai pemilik kandang berkenaan melecur lima peratus di bahagian bahu dan tangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Encik Mohamadul Ehsan berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.41 pagi dan setakat ini punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.