Skip to main content

Dunia

3 warga SG maut dalam nahas jalan raya di Kota Tinggi

Anggaran Waktu Membaca:


KOTA TINGGI: Tiga wanita warga Singapura maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Ladang Cenas, Bandar Tenggara dekat sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Mohd Norul Fazudin Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 1.52 petang.

"Seramai enam anggota dengan dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian. Kemalangan melibatkan kereta Honda Freed dengan sebuah lori jenis Roll On Roll Off (RORO).

"Tiga penumpang MPV berkenaan iaitu Toh Poh Kian yang berusia 56 tahun dan Soon Mohd Tan dan Wong Lan Yew masing-masing berusia 61 tahun maut.


"Semua mangsa yang merupakan warga Singapura meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemandu MPV yang juga warga Singapura iaitu lelaki berusia 59 tahun dan pemandu lori RORO berusia 49 tahun terselamat.
"Operasi tersebut selesai pada jam 2.35 petang," katanya.

Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita