3 warga Israel maut ditembak di sempadan Jordan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ahmad GHARABLI)
TEBING BARAT: Seorang penembak dari Jordan membunuh tiga orang awam Israel di sempadan Jambatan Allenby di Tebing Barat pada Ahad (8 Sep).
Individu tersebut kemudian ditembak mati pasukan keselamatan Israel, dedah pihak berkuasa tempatan.
Serangan tersebut adalah kejadian pertama di sempadan Israel-Jordan sejak Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober, yang mencetuskan perang di Gaza serta meningkatkan ketegangan di rantau itu.
Serangan tersebut berlaku di sebuah kawasan komersil kargo di bawah kawalan Israel, di mana trak dari Jordan akan menurunkan kargo untuk masuk ke Tebing Barat, kata pegawai.
Lintasan itu, yang juga dikenali sebagai Jambatan Raja Hussein, berada di pertengahan antara Amman dengan Baitulmaqdis, di utara Laut Mati.
"Seorang pengganas yang berada di dalam trak mendekati kawasan tersebut di Jambatan Allenby dari Jordan, dia turun daripada trak tersebut dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Israel yang bertugas di jambatan itu," dedah tentera Israel.
"Pengganas tersebut dibunuh oleh pasukan keselamatan kami, tiga orang awam Israel disahkan mati akibat serangan itu," tambahnya.
Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel, yang mengendalikan laluan tersebut, Israel menutup ketiga-tiga lintasan sempadan daratnya dengan Jordan tidak lama kemudian.
Seorang pegawai sempadan Jordan berkata sekurang-kurangnya lebih 20 puluh pemandu trak warga Jordan di kawasan pemunggahan ditahan tentera Israel untuk disoal siasat.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.