Skip to main content

Dunia

3 warga China serang pegawai imigresen dihantar pulang

Tiga warga China termasuk dua yang menyerang pegawai imigresen bertugas di KLIA 2, pada Sabtu lalu sudah dihantar pulang dan disenarai hitam daripada memasuki negara pada hari yang sama. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 warga China serang pegawai imigresen dihantar pulang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Sep 2019 11:27AM Dikemas Kini : 03 Sep 2019 11:31AM

KUALA LUMPUR: Tiga warga China termasuk dua yang menyerang pegawai imigresen bertugas di KLIA 2, pada Sabtu lalu sudah dihantar pulang dan disenarai hitam daripada memasuki negara pada hari yang sama.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga China masing-masing berusia 28, 30 dan 33 tahun yang baru tiba diarah ke ruangan menunggu kerana tujuan kemasukan mereka meragukan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Encik Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi berkata selain itu mereka juga tidak memenuhi syarat mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63.

Ketika berada di ruangan itu, dua lelaki berkenaan enggan mengikut arahan pegawai dan bertindak agresif dengan menumbuk dua pegawai masing-masing berusia 23 dan 25 tahun selepas diarahkan ke ruangan menunggu lelaki.

“Pergelutan itu kemudiannya dihentikan oleh beberapa pegawai imigresen lain yang berada di tempat itu,” katanya.

Encik Khairul Dzaimee berkata kedua-dua pegawai imigresen yang diserang mengalami lebam dan luka-luka kecil.

“Satu aduan polis sudah dibuat oleh pegawai terlibat bagi menjaga kepentingan jabatan,” katanya lagi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita