Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 wanita tangkap ular sawa sepanjang 10 meter yang telan 10 ayam

Bunyi ayam berkokok menyedarkan seorang penduduk dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 10 meter di dalam reban ayam miliknya di Kampung Jelutong, di Kuala Nerang dekat Padang Terap awal pagi tadi (30 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
3 wanita tangkap ular sawa sepanjang 10 meter yang telan 10 ayam

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2019 12:08AM Dikemas Kini : 31 May 2019 12:23AM

ALOR SETAR: Bunyi ayam berkokok menyedarkan seorang penduduk dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 10 meter di dalam reban ayam miliknya di Kampung Jelutong, di Kuala Nerang dekat Padang Terap awal pagi tadi (30 Mei).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap Lt (PA) Encik Mohd Shukri Shuib berkata ular sawa seberat lebih 90 kilogram itu berjaya ditangkap tiga anggota bomba wanita yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.48 pagi tadi (30 Mei).

“Pengadu menyedari kehadiran ular itu ketika mendengar bunyi bising dan kokokan ayam seolah-olah diancam sesuatu, dan selepas diperiksa beliau terlihat kelibat seekor ular sawa yang nampak kekenyangan, selepas menelan 10 ekor ayam di dalam reban itu.

“Anggota bomba wanita menangkap ular itu, memandangkan ketika kejadian petugas lelaki berada di lokasi lain menguruskan kes kemalangan jalan raya. Ular itu juga yang paling besar pernah ditangkap APM setakat ini, dianggarkan seberat 90 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebaik saja tiga anggota wanita itu tiba di lokasi pada jam 3.00 pagi, ular sawa itu didapati masih berada dalam reban ayam, selepas menelan 10 ekor ayam, dan menurutnya mereka mengambil masa 40 minit bagi menangkap reptilia itu yang kelihatan bertindak cukup agresif.

“Ular itu kemudian kita bawa balik ke pejabat APM daerah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan