Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 wanita dirempuh kenderaan; 1 maut di Kota Bharu

Seorang wanita warga Indonesia maut manakala dua wanita warga emas cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas berdekatan Jalan Pasir Hor pada Jumaat (5 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
3 wanita dirempuh kenderaan; 1 maut di Kota Bharu

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 06 Feb 2021 10:21AM Dikemas Kini : 06 Feb 2021 10:22AM

KOTA BHARU: Seorang wanita warga Indonesia maut manakala dua wanita warga emas cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas berdekatan Jalan Pasir Hor pada Jumaat (5 Feb).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abd Rahim Daud ketika dihubungi berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Cik Lia Ernani, 45, seorang buruh warga Indonesia.

Turut cedera parah adalah dua wanita warga tempatan, Cik Siti Fatimah Hamid, 65, dan Cik Hasnah Isyak, 64, yang ketika itu sedang menunggu di atas pembahagi jalan raya untuk melintas jalan.

"Susulan kejadian itu polis menahan pemandu kereta jenis Proton Satria iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun yang dikesan positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Mengulas lanjut, ACP Abd Rahim berkata kejadian berlaku selepas kenderaan itu terbabas dan telah melanggar tiga pejalan kaki yang berada di atas pembahagi jalan.

Beliau berkata dua wanita tempatan, yang dalam perjalanan pulang dari madrasah, cedera parah dan sedang dirawat di Zon Merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu kereta yang dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh ketiga-tiga mangsa, katanya.

ACP Abd Rahim berkata pemandu kereta itu akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya1952.

Awal dari itu, tular di media sosial insiden beberapa saksi kejadian bertindak memukul pemandu tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan