Skip to main content

Dunia

3 terbunuh dalam 2 letupan di timur Afghanistan, 19 lain cedera

Dua letupan yang berlaku di bahagian timur Jalalabad, bandar Afghanistan, meragut tiga nyawa dan menyebabkan 19 yang lain cedera, menurut seorang jurucakap pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
3 terbunuh dalam 2 letupan di timur Afghanistan, 19 lain cedera

Gambar fail pihak berkuasa Afghan di Jalalabad. (Gambar fail: Noorullah Shirzada/AFP)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 09:47PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 09:52PM

JALALABAD: Dua letupan yang berlaku di bahagian timur Jalalabad, bandar Afghanistan, meragut tiga nyawa dan menyebabkan 19 yang lain cedera, menurut seorang jurucakap pemerintah.

Ataullah Khogyani, jurucakap bagi pemerintah wilayah Nangarhar, berkata mangsa-mangsa yang terkorban adalah dua kanak-kanak dan lapan anggota pasukan keselamatan.

Namun, tidak jelas apa yang mencetuskan letupan tersebut.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan yang tampil mengambil tanggungjawab ke atas perbuatan tersebut.

ISIS muncul di Nangarhar pada 2015 di sempadan berhampiran dengan Pakistan untuk menjadi salah satu kumpulan militan Afghanistan yang paling berbahaya bagi serangan-serangan pengeboman dan serangannya yang rumit.

Pertempuran antara kumpulan-kumpulan militan dan antara pasukan Taliban dengan pasukan Afghanistan semakin memburuk sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sedang rundingan-rundingan damai diadakan berulang kali.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita