Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 surau langgar SOP diarah tutup seminggu

Tiga surau di daerah Jempol diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun ini selepas didapati ada dalam kalangan jemaahnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Anggaran Waktu Membaca:
3 surau langgar SOP diarah tutup seminggu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 May 2021 08:40AM Dikemas Kini : 29 May 2021 08:43AM

SEREMBAN: Tiga surau di daerah Jempol diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun ini selepas didapati ada dalam kalangan jemaahnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata penutupan surau itu adalah berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh pihaknya bersama dengan penguat kuasa pejabat agama Islam daerah itu ke atas beberapa masjid dan surau selama tiga hari bermula Selasa.

Menurut beliau, surau berkenaan adalah Surau Felda Raja Alias 1, Surau Felda Raja Alias 4 dan Surau Al-Irsyad, Rumah Rakyat Ayer Hitam.

"Antara pelanggaran SOP yang dilakukan adalah jemaah melebihi kuota ditetapkan, tidak memakai pelitup muka, tidak membawa sejadah sendiri dan menjalankan aktiviti selain daripada solat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (28 Mei).

Pada 20 Mei lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dilaporkan berkata jumlah jemaah solat di masjid dan surau di negeri tersebut dihadkan sehingga 7 Jun ini bagi menangani penularan kes COVID-19.

Encik Aminuddin berkata solat Jumaat dibenarkan dengan melibatkan 12 individu sahaja terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah, manakala solat fardu pula dihadkan kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak sahaja.

Beliau sebelum itu turut memaklumkan bahawa mana-mana masjid atau surau di negeri itu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19, akan ditutup selama seminggu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan