Skip to main content

Dunia

3 singa di zoo Tokyo mati, dipercayai akibat cuaca panas ekstrem

Anggaran Waktu Membaca:
3 singa di zoo Tokyo mati, dipercayai akibat cuaca panas ekstrem

Tiga ekor singa di Taman Haiwan Tama di barat Tokyo mati sejak akhir Julai, dipercayai akibat cuaca panas ekstrem. (Gambar: Taman Zoologi Tama)

Diterbitkan : 03 Aug 2026 11:45PM Dikemas Kini : 04 Aug 2026 08:06AM
TOKYO: Tiga ekor singa di sebuah zoo di Tokyo mati sejak akhir Julai, dipercayai akibat cuaca panas ekstrem sepanjang musim panas, lapor Kyodo News yang memetik pemerintah metropolitan pada Isnin (3 Ogos).

Ketiga-tiga haiwan itu adalah antara 16 ekor singa yang dipelihara di Taman Haiwan Tama di Hino, barat Tokyo.

Singa-singa berkenaan didapati mengalami dehidrasi teruk dan kegagalan pelbagai organ.

Memandangkan singa lain turut mula menunjukkan tanda-tanda sakit, pihak zoo menggantung pameran singa sejak 23 Julai.

Menurut pemerintah metropolitan, dua ekor singa mula menunjukkan gejala seperti hilang selera makan dan diberikan rawatan mulai 18 Julai.

Tidak lama kemudian, singa-singa lain turut menunjukkan tanda-tanda sakit.

Menjelang 22 Julai, sebanyak 10 ekor singa memerlukan rawatan.

Kakitangan zoo cuba merawat haiwan-haiwan itu dengan menggunakan kipas, menyemburkan air dan memberikan ubat-ubatan.

Namun, tiga ekor singa berkenaan tidak pulih dan akhirnya mati.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita