Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 rentung selepas kereta BMW langgar pembahagi jalan lalu terbakar

Seorang wanita warga emas, berusia 65 tahun, adalah antara tiga yang rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di KM6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang di Malaysia pada Selasa (5 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
3 rentung selepas kereta BMW langgar pembahagi jalan lalu terbakar

Seorang wanita warga emas antara 3 mangsa rentung dalam nahas jalan raya. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 07:18AM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 07:21AM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas, berusia 65 tahun, adalah antara tiga yang rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di KM6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang di Malaysia pada Selasa (5 Feb).

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi kiri jalan dan terbakar.

ACP Ahmad Dzaffir berkata semasa kejadian, terdapat tiga mangsa dalam kereta itu dan usaha mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat serta mendapatkan sampel ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kereta berkenaan sudah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk pemeriksaan nombor casis kenderaan dan PUSPAKOM.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nudin berkata kenderaan itu terbakar 90 peratus selepas melanggar pembahagi jalan.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.46 petang dan sembilan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke tempat kejadian.

Menurut agensi berita Bernama, belum ada waris keluarga mangsa yang hadir untuk membuat pengecaman serta tuntutan mayat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan