Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 rentung dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di Segamat

Tiga rentung manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam tadi (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
3 rentung dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di Segamat

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat)

Diterbitkan : 16 Aug 2020 02:58PM Dikemas Kini : 16 Aug 2020 03:04PM

JOHOR BAHRU: Tiga rentung manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam tadi (15 Ogos).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan pada 10.47 malam dan 15 anggota berserta tiga jentera daripada BBP Segamat dan Labis digegaskan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi didapati dua kereta iaitu jenis Honda Accord dan Proton Saga terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (16 Ogos).

Menurutnya selepas kebakaran dipadamkan, pihaknya menemukan tiga mangsa yang rentung iaitu satu di tempat duduk pemandu Honda Accord dan dua lagi ditemukan di dalam kereta Proton Saga.

Nahas turut menyaksikan sembilan lagi mangsa yang menaiki tiga lagi kenderaan, iaitu tujuh yang menaiki Proton Saga berlainan dan masing-masing seorang lelaki yang memandu Perodua Alza dan Proton Wira mengalami kecederaan.

Menurutnya setakat ini maklumat mangsa belum diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa serta punca nahas.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan