Skip to main content

Dunia

3 rakyat SG didakwa edar dadah di Malaysia

Empat lelaki termasuk tiga warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada Khamis (26 Jun) atas tuduhan mengedar dadah jenis kokain dalam bentuk cecair hampir 10 liter, minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
3 rakyat SG didakwa edar dadah di Malaysia

Sebahagian daripada cecair vape yang mengandungi kokain yang dirampas dalam serbuan pada 19 Jun 2025. (Gambar: Facebook/Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk tiga warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada Khamis (26 Jun) atas tuduhan mengedar dadah jenis kokain dalam bentuk cecair hampir 10 liter, minggu lalu.
Warga Malaysia, Kong Sien Mee, 57 tahun, dan tiga lelaki Singapura iaitu Quek Kien Seng, 45 tahun, Tristan Chew Jin Zhong, 25 tahun, dan Ivan Tan Zhi Xuan, 31 tahun, mengangguk faham selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis kokain dengan anggaran isipadu 9,420.2 mililiter di jalan keluar sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada 19 Jun pukul 11.45 pagi.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.  

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum dengan minimum 12 sebatan. 

Mahkamah menetapkan 8 September sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Ramanathan Alias Ashwin.

Tiga tertuduh rakyat Singapura diwakili peguam Ille Maryam Yusnawannie manakala Kong tidak diwakili peguam. 
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita