Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pusat pemindahan sementara ditutup di Johor, mangsa di Batu Pahat terus menurun

Anggaran Waktu Membaca:
3 pusat pemindahan sementara ditutup di Johor, mangsa di Batu Pahat terus menurun

(Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 21 Mar 2023 07:18AM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:40AM
JOHOR: Situasi banjir di Johor semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan berbanding Isnin (20 Mac).

Portal InfoBencanaJKM memaklumkan seramai 8,952 orang masih ditempatkan di 46 PPS setakat tengah malam tadi, menurut laporan Astro Awani.

Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan Seri Aman dengan 552 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Chun dengan 522 mangsa.

Sementara Dewan Orang Ramai Parit Yani menempatkan 437 mangsa, seperi dipetik laporan Astro Awani.

Dalam pada itu, tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok, Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dan Sungai Senggarang di Senggarang.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan