Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pimpinan tertinggi muktamadkan calon UMNO bagi Pilihan Raya Melaka, PRU15

Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
3 pimpinan tertinggi muktamadkan calon UMNO bagi Pilihan Raya Melaka, PRU15

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 08:11AM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 08:13AM

KUALA LUMPUR: Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya perkara itu akan diputuskan bersama dengan Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Ertinya kami bertiga bersetuju (calon yang akan dipilih) mestilah (individu yang) boleh menang, diterima dan disenangi pengundi,” katanya semasa menutup Pidato Piala Presiden UMNO pada Ahad (17 Okt).

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata watikah pelantikan bagaimanapun tidak akan ditandatangani sekiranya calon terbabit tidak dipersetujui di peringkat BN.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan