3 peserta teater ditikam atas pentas di Riyadh
Seorang lelaki warga Yaman menikam tiga anggota kumpulan teater ketika mengadakan persembahan di ibu kota Arab Saudi pada Isnin (11 Nov), menurut pihak polis. Serangan itu yang pertama seumpamanya sejak kerajaan konservatif tersebut mula melonggarkan sekatan ke atas sektor hiburan.
Gambar fail penonton sebuah persembahan di Arab Saudi (Gambar: AFP/Amer Hilabi)
RIYADH: Seorang lelaki warga Yaman menikam tiga anggota kumpulan teater ketika mengadakan persembahan di ibu kota Arab Saudi pada Isnin (11 Nov), menurut pihak polis. Serangan itu yang pertama seumpamanya sejak kerajaan konservatif tersebut mula melonggarkan sekatan ke atas sektor hiburan.
Penyerang terbabit berjaya ditahan setelah stesen televisyen negara menunjukkan lelaki tersebut naik ke atas pentas di Taman Raja Abdullah di Riyadh semasa persembahan oleh apa yang dilihat sebagai kumpulan pementasan asing.
"Pasukan keselamatan menangani ... serangan tikaman ke atas dua lelaki dan seorang wanita dalam kumpulan teater semasa pementasan langsung," kata seorang jurucakap polis seperti dilaporkan Agensi Akhbar Saudi.
Polis menyatakan lelaki yang ditahan adalah seorang ekspatriat warga Yaman, 33 tahun. Pisau yang digunakan dalam serangan turut dirampas.
Kenyataan pihak berkuasa itu menambah, kesemua mangsaberada dalam keadaan stabil. Maklumat tentang kerakyatan mereka atau motif serangan tidak didedahkan.
Taman Raja Abdullah adalah antara beberapa tempat yang menganjurkan pesta hiburan "Musim Riyadh", sebahagian usaha pembaharuan kerajaan Saudi untuk menarik lebih banyak pelancong ke negara itu dan mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada sektor minyak.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman memperkenalkan beberapa pembaharuan termasuk membenarkan penganjuran konsert, membuka pawagam dan menarik balik larangan wanita daripada memandu.
Sesetengah pegawai Arab Saudi bagaimanapun memberi amaran perubahan sedemikian dalam masyarakat yang sangat koservatif boleh membawa masalah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.