Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 penyelam warga asing masih belum ditemui; kawasan pencarian diperluas

Anggaran Waktu Membaca:

MERSING: Operasi Carilamat ke atas tiga penyelam warga asing di perairan Pulau Tokong Sanggol diteruskan dengan sektor pencarian laut diperluaskan berikutan penemuan seorang mangsa Kristine Grodem, 35 tahun, yang merupakan jurulatih selam warga Norway, kira-kira 22 batu nautika dari lokasi kejadian petang Khamis (7 Apr).

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata bahawa sektor pencarian di laut diperluaskan sehingga 335.79 batu nautika persegi dan pencarian udara merangkumi keluasan 427.89 batu nautika persegi.

Jumlah keseluruhan sektor pencarian adalah 1,074 batu nautika persegi, lapor Astro AWANI.

Dalam pada itu, mangsa yang berjaya diselamatkan, Grodem, kini sedang menerima rawatan di Hopsital Mersing.

Sehingga pagi Jumaat (8 Apr), tiada petunjuk atau penemuan baru barkaitan tiga lagi mangsa yang masih hilang iaitu Alexia Alexandria daripada Perancis, 18 tahun, Adrian Peter daripada Britain, 46 tahun, dan anaknya Nathen Renze, 14 tahun.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan