Skip to main content

Dunia

3 penyampai radio disiasat polis Malaysia kerana persenda ritual agama Hindu

Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat tiga penyampai radio yang dipercayai telah mempersendakan ritual agama Hindu dalam satu klip video.

Anggaran Waktu Membaca:
3 penyampai radio disiasat polis Malaysia kerana persenda ritual agama Hindu

Penyampai radio Era FM (dari kiri) Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin Amir Affendy digantung tugas. (Gambar: Facebook/ERA Malaysia)

Diterbitkan : 05 Mar 2025 02:52PM
  • Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat tiga penyampai radio yang dipercayai telah mempersendakan ritual agama Hindu dalam satu klip video.
  • Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata 44 aduan polis telah difailkan terhadap mereka setakat Rabu (5 Mac).
  • Kes itu disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan bagi perbuatan yang mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan atau kebencian atas dasar agama, serta Seksyen 233 Akta Perhubungan dan Multimedia 1998 atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan, kata Encik Razarudin.
  • Ketiga-tiga penyampai radio itu juga digantung tugas sedang siasatan dalaman dijalankan, menurut Astro Audio pada Selasa (5 Mac).
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat tiga penyampai radio yang dipercayai telah mempersendakan ritual agama Hindu dalam satu klip video.

Tindakan ketiga-tiga individu itu dikecam oleh para netizen dan pemimpin Malaysia.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata 44 aduan polis telah difailkan terhadap mereka setakat Rabu (5 Mac).

Aduan itu mendakwa video itu mengandungi perkara yang "menyentuh sensitiviti kaum" dan "mempersendakan agama Hindu", katanya lagi.

Ketiga-tiga penyampai radio itu yang bertugas di stesen radio Era FM di bawah naungan Astro, disoal siasat di ibu pejabat polis di Bukit Aman pada Rabu, lapor The New Straits Times.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan bagi perbuatan yang mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan atau kebencian atas dasar agama, serta Seksyen 233 Akta Perhubungan dan Multimedia 1998 atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan, kata Encik Razarudin.

Dalam video yang dimuat naik ke laman Instagram stesen radio itu pada Selasa (4 Mac), ketiga-tiga penyampai radio tersebut - Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy - dilihat meniru ritual kadavi yang dijalankan oleh para penganut Hindu semasa upacara Thaipusam.

Video itu ditonton sebanyak 95,400 kali dan dikongsi 204 kali sebelum ia dipadamkan, menurut Encik Razarudin kepada pihak media pada Selasa, lapor Bernama.

Ketiga-tiga penyampai radio itu juga digantung tugas sedang siasatan dalaman dijalankan, menurut Astro Audio pada Selasa (5 Mac).
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita