Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 penumpang cedera susuli kejadian tikaman dalam kereta api di Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
3 penumpang cedera susuli kejadian tikaman dalam kereta api di Taiwan

Stesen kereta api Taichung City Hall di Taiwan. (Tangkapan skrin: Google Maps)

Diterbitkan : 21 May 2024 07:23PM Dikemas Kini : 21 May 2024 07:25PM

TAIPEI: Sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam satu kejadian tikaman secara rambang di Taiwan pada Selasa (21 Mei), termasuk pelakunya yang berusia 19 tahun.

Dia menyerang para penumpang dalam kereta api menggunakan dua bilah pisau, sebelum akhirnya berjaya ditahan oleh beberapa penumpang lain.

Polis menyatakan, penyerang itu mempunyai sejarah penyakit mental.

Motif serangan bagaimanapun belum diketahui tetapi siasatan masih dijalankan.

Insiden tersebut berlaku pada ulang tahun ke-10 serangan tikaman yang meragut nyawa di kereta api Taipei pada 21 Mei 2014 lalu. Dalam kejadian itu, empat orang terkorban manakala 24 yang lain cedera.

Sumber : AGENCIES/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan