Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pengadil wanita warnai Piala Dunia Fifa 2022

Anggaran Waktu Membaca:
3 pengadil wanita warnai Piala Dunia Fifa 2022

Gambar: SAYS

Diterbitkan : 25 Nov 2022 07:24PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 07:24PM
BRITAIN: Piala Dunia FIFA 2022 yang diadakan di Qatar bermula 20 November lalu menerima sambutan yang hangat daripada penyokong seluruh dunia.

Selain itu, pelibatan tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 berkenaan turut mencipta sejarah dan memberi petanda baik buat sukan serta negara Arab.

Yoshimi Yamashita, Salima Mukansanga dan Stephanie Frappart adalah antara 36 pengadil yang terpilih untuk bertugas pada kejohanan itu yang bermula dari 20 November hingga 18 Disember ini.

Pengadil Jepun, Yoshimi Yamashita hadir pada Piala Dunia kedua berturut-turut selepas beliau bertugas pada Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis. Beliau turut mengadili perlawanan antara Amerika Syarikat (AS) dan Sweden pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diadakan pada 2021.

Namun, bertugas di Qatar bukanlah satu-satunya masa beliau mencatat sejarah tahun ini. Yoshimi turut mengadili aksi kemenangan 2-1 Melbourne City ke atas Jeonnam Dragons dalam Liga Juara-Juara AFC dan kemenangan 2-0 FC Tokyo ke atas Kyoto Sanga dalam Liga J1 dan muncul sebagai pengadil wanita pertama melakukannya, lapor SAYS.

Pengadil Rwanda, Salima Mukansanga pula sudah bertugas bersama FIFA sejak 2012. Namun sebagai seorang wanita, impiannya adalah untuk bermain bola keranjang secara profesional.

"Saya sukakan bola keranjang dan mahu menceburinya secara serius. Namun, kemudahan untuk bermain bola keranjang amat sukar untuk saya, itulah sebabnya saya menjadi pengadil, sesuatu yang saya tidak pernah kesalkan," katanya, seperti yang dipetik SAYS.

Keputusan itu juga menyaksikannya bertugas pada Piala Dunia Wanita 2019, Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan kini Qatar 2022. Salima bukanlah asing dengan bola sepak peringkat tertinggi kerana beliau turut mengadili aksi Piala Negara Afrika lelaki awal tahun ini.

Sementara itu, pengadil Perancis, Stephanie Frappart ternyata salah seorang daripada nama terkenal disenaraikan bagi Piala Dunia. Stephanie bermula dengan perlawanan akhir pertamanya pada Piala Dunia 2019 di Perancis dan kemudian mengadili perlawana akhir Piala Super UEFA pada tahun sama. Pada 2020, beliau terus mengorak langkah dalam dunia pengadilan, melakar namanya dalam buku sejarah sebagai pengadil wanita pertama mengadili aksi Liga Juara-Juara lelaki.

Sebelum diumumkan sebagai sebahagian daripada pasukan ke Qatar 2022, beliau turut mengadili perlawanan akhir Piala Perancis 2022. Keupayaan Stephanie mengendalikan aksi di tengah padang ternyata mendapat pengiktirafan apabila beliau memenangi anugerah Pengadil Terbaik Wanita Dunia IFFHS tiga tahun berturut-turut sejak 2019.

"Ia satu petanda kukuh daripada FIFA dan pihak berkuasa untuk mempunyai pengadil wanita di negara itu," katanya, lapor SAYS.
Sumber : Sumber Web/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa