Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pencawang kuasa elektrik Lviv dibedil peluru berpandu Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
3 pencawang kuasa elektrik Lviv dibedil peluru berpandu Rusia

(Gambar: Yuriy Dyachyshyn/AFP)

LVIV: Bedilan peluru berpandu Rusia memusnahkan tiga pencawang kuasa elektrik di Lviv, Ukraine. 

Demikian diumumkan oleh datuk bandar Lviv pada Selasa (3 Mei). 

"Akibat serangan roket, dua pencawang kuasa elektrik musnah. Sebahagian bandar terputus bekalan elektrik," lapor agensi berita Anadolu, sambil memetik hantaran Andrey Sadoviy di Twitter. 

Beliau juga mengatakan bahawa bangunan-bangunan berhampiran turut musnah dan dua orang cedera akibat serangan tersebut. 

Sekurang-kurangnya 3,193 orang awam terbunuh dan lagi 3,353 cedera di Ukraine sejak peperangan dengan Rusia tercetus pada 24 Feb, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jumlah sebenar dikatakan lebih tinggi. 

Lebih 5.5 juta penduduk sudah melarikan diri ke negara-negara lain, dengan kira-kira 7.7 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut agensi pelarian PBB. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan