3 pelancong dari China diikat, dirompak di Pattaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bangkok Post)
PATTAYA: Seorang daripada tiga lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Pattaya dan mengikat tiga rakyat China sebelum mencuri wang tunai, kereta dan barangan berharga mereka diberkas di Rayong.
Pasukan polis di Pattaya berjaya memberkas lelaki tersebut dalam sebuah bilik di daerah Muang di Rayong sekitar pukul 4.30 pagi Khamis (5 Apr). Dia dikenal pasti sebagai Chaichana Phimpha, 28 tahun, lapor media tempatan.
Dua lagi suspek masih diburu.
Rompakan itu berlaku di sebuah rumah dua tingkat di estet perumahan Muang Mai di daerah Bang Lamung pada awal pagi Rabu (3 Mei), menurut polis Pattaya seperti dilaporkan oleh Bangkok Post.
Para pegawai polis dan pakar forensik yang dikerahkan ke tempat kejadian, menemui tiga pelancong China - dua lelaki dan seorang wanita - ketakutan. Mereka mengalami lebam di badan dan rumah itu digeledah.
Ketiga-tiga rakyat China itu - Wang Zhijun, 35 tahun; Gu Junjie, 37 tahun dan Lin Xuerui, 27 tahun - memberitahu para pegawai bahawa tiga lelaki itu, kesemuanya memakai topi fabrik bulu ketika memasuki rumah tersebut pada awal Rabu.
Seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah para mangsa, manakala dua lagi suspek menggunakan wayar elektrik untuk mengikat tangan dan kaki mangsa, lapor Bangkok Post.
Setelah memaksa mereka untuk menunjukkan tempat di mana barangan berharga disimpan, ketiga-tiga perompak itu mengeluarkan wang tunai sebanyak 170,000 baht (S$6,675), empat telefon bimbit, satu iPad, tiga jam dan sebentuk cincin.
Tiga perompak itu kemudian memaksa mereka melakukan dua pindahan wang bernilai 207,400 baht (S$8,143).
Mereka turut menanggalkan kamera litar tertutup (CCTV) dan mengambilnya sebelum melarikan diri menaiki kereta Honda yang dimiliki mangsa.
Para pegawai forensik sudahpun mengumpul cap jari di rumah tersebut.
Para penyiasat polis juga sudah meneliti video keselamatan daripada kamera-kamera yang dipasang di laluan di mana mereka mungkin menggunakan laluan tersebut untuk melarikan diri.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.