Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pekerja selamat, 2 masih hilang dalam insiden kapal karam di Sarawak

Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan, selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari Sibu awal pagi Ahad (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
3 pekerja selamat, 2 masih hilang dalam insiden kapal karam di Sarawak

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak)

SIBU: Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan, selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari Sibu awal pagi Ahad (26 Jun).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada Balai Polis Sungai Merah pada pukul 6.05 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terbaru, seorang daripada kru kapal berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dari kapal yang didaftarkan sebagai “Yu Lee” itu, dan hanyut sekitar 300 meter dari tempat kejadian sebelum dapat menaiki tebingan Sungai Kut, sebuah anak sungai di Batang Igan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapat maklumat penduduk kampung di sana bahawa lelaki yang berjaya menyelamatkan diri itu dikenali sebagai Lee Sia Kong yang berumur dalam lingkungan 40-an,” katanya dalam kenyataan terbaru PGO hari ini.

Terdahulu dalam kenyataan awal pusat itu, dua pekerja kapal berkenaan yang dilaporkan berjaya diselamatkan penduduk kampung dikenali sebagai Ngu Soon Hock dan Mohamad Taufik, berumur lingkungan 50-an, manakala identiti pekerja yang hilang masih belum dapat dipastikan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan