Skip to main content

Dunia

3 orang maut ditikam di restoran piza di Seoul

Seorang lelaki menikam tiga orang hingga mati pada Rabu (3 Sep) di sebuah restoran piza di Seoul, menurut polis, dalam satu serangan yang jarang berlaku di ibu kota Korea Selatan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
3 orang maut ditikam di restoran piza di Seoul

Orang ramai berjalan di sebelah imej holografik pegawai polis di Seoul, Korea Selatan pada 28 Ogos 2025. (Gambar fail: Reuters/Kim Hong-ji)

Diterbitkan : 03 Sep 2025 04:49PM Dikemas Kini : 03 Sep 2025 05:03PM
SEOUL: Seorang lelaki menikam tiga orang hingga mati pada Rabu (3 Sep) di sebuah restoran piza di Seoul, menurut polis, dalam satu serangan yang jarang berlaku di ibu kota Korea Selatan itu.

Serangan yang berlaku di daerah Gwanak di Seoul itu dijalankan oleh pemilik restoran berkenaan, setelah dia terbabit dalam pertelingkahan dengan beberapa kontraktor sebelum dia menikam tiga orang dan cuba mencederakan dirinya sendiri, menurut polis.

Dalam satu kenyataan, polis menyatakan pihaknya menjawab panggilan meminta bantuan pada kira-kira pukul 11.00 pagi waktu tempatan, di mana pemanggil itu berkata "Tolong saya, saya ditikam."

Para mangsa - dua lelaki dan seorang wanita - dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Suspek yang berada dalam lingkungan usia 40an tahun, "cuba membunuh diri" di tempat kejadian namun ditahan, menurut kenyataan oleh polis yang menyatakan mereka merancang untuk membawanya ke dalam tahanan bergantung kepada rawatan perubatan yang diperlukannya.

Korea Selatan lazimnya sebuah negara yang selamat, dengan kadar pembunuhan di negara itu adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang pada 2021, menurut perangkaan rasmi, iaitu jauh lebih rendah berbanding purata global iaitu kira-kira enam bagi setiap 100,000 orang.

Namun baru-baru ini, sejumlah kes tikaman berlaku, termasuk seorang lelaki yang menikam tiga pegawai polis pada Mei lalu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita