Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 nelayan hilang di Korea Selatan ditemui mati

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat di dalam sebuah bot yang karam di pantai barat daya Korea Selatan pada Isnin (6 Feb), lapor agensi berita Yonhap.

Air mula memasuki ruang enjin kapal, menyebabkan bot Cheongbo, seberat 24 tan terbalik pada 11.19 malam Sabtu kira-kira 16.6 kilometer dari barat pulau Daebichi.

Insiden itu menyebabkan sembilan daripada 12 nelayan, termasuk tiga warga asing hilang, manakala tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh bot lain yang berada di tempat kejadian.

Pasukan penyelam menemui seorang anak kapal yang hilang di dalam kabin kapal pada 3.22 pagi dan mengeluarkan mayat mangsa, menurut pegawai Pengawal Pantai.

Mayat itu dikenal pasti sebagai ketua jurutera kapal berusia 60-an tahun.

Dua lagi anak kapal - seorang warga Korea dan seorang lagi warga asing - kemudian ditemui mati berhampiran buritan kapal oleh pasukan penyelam Pengawal Pantai.

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran mengeluarkan mayat, di mana peralatan menangkap ikan dan pukat menghalang laluan mereka.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan