Skip to main content

Dunia

3 maut termasuk seorang pegawai polis dalam serangan di Minneapolis

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut termasuk seorang pegawai polis dalam serangan di Minneapolis

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 31 May 2024 10:17AM Dikemas Kini : 31 May 2024 10:37AM
MINNIEAPOLIS: Seramai tiga individu termasuk seorang pegawai polis terbunuh dan beberapa yang lain cedera akibat tembakan pada Khamis (30 Mei) di Minneapolis.

Demikian menurut laporan media tempatan yang menukil sumber penguatkuasaan undang-undang.

Jabatan Polis Minneapolis menyatakan menerusi catatan di media sosial bahawa para pegawainya sedang "menangani insiden" di mana enam individu, termasuk dua pegawai polis, "dilaporkan cedera".

"Keadaan masih tidak menentu," menurut jabatan polis tersebut, sambil menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan kejiranan Whittier di bandar itu di mana kejadian tersebut berlaku.

Tiada maklumat lanjut diumumkan. Menurut polis, insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 6.15 petang waktu tempatan.

Stesen televisyen Minneapolis KMSP melaporkan bahawa enam individu ditembak, termasuk dua pegawai polis dan empat orang awam.

Seorang pegawai polis dan dua lagi individu maut.

Satu lagi stesen televisyen tempatan KSTP melaporkan bahawa seorang pegawai polis maut dan seorang lagi dikejarkan ke hospital, manakala berpuluh-puluh orang awam cedera akibat tembakan itu.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita