Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut tebing pantai California runtuh

Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan seorang lagi cedera apabila tebing tinggi di sebuah pantai California Selatan runtuh, dipercayai kerana hakisan.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut tebing pantai California runtuh

Petikan skrin laporan NBC News berhubung tebing pantai California Selatan runtuh.

Diterbitkan : 03 Aug 2019 04:56PM Dikemas Kini : 03 Aug 2019 04:59PM

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan seorang lagi cedera apabila tebing tinggi di sebuah pantai California Selatan runtuh, dipercayai kerana hakisan.

Tebing tinggi batu kapur itu runtuh sekitar 3.00 petang, menimpa para pengunjung dekat tangga menuju Pantai Grandview Surf, San Diego.

Kawasan pantai itu amat popular kepada penduduk tempatan serta pemain papan luncur air.

Semasa kejadian, ramai orang berada di pantai tersebut yang panjang tetapi sempit. Ia terletak di antara laut berombak tinggi dengan tebing batu kapur yang tinggi.

Di beberapa bahagiannya, sesiapa yang hendak ke pantai tersebut perlu menuruni tangga kayu yang tinggi dan curam dari bahagian atas tebing tinggi.

Pada tahun 2000, tanah runtuh di kawasan yang sama membunuh seorang wanita yang sedang menyaksikan suaminya bermain papan luncur.

Sumber : AFP/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan