3 maut selepas dua pesawat ringan bertembung di barat daya Sydney
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Dean Lewins/AP/AAP
SYDNEY: Tiga orang maut selepas dua pesawat ringan bertembung di udara sebelum terhempas di bahagian barat daya Sydney pada Sabtu (26 Okt), lapor Xinhua.
Beberapa kakitangan kecemasan dikerahkan ke Belimbla Park, yang terletak kira-kira 65 kilometer barat daya dari bahagian tengah Sydney, berikutan laporan mengenai dua pesawat itu yang bertembung lalu terhempas.
Salah satu daripada pesawat berkenaan dilaporkan terbakar sebaik sahaja ia terhempas.
Siasatan ke atas nahas itu dijangka dijalankan dalam beberapa hari ini oleh penyiasat dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), iaitu badan pemerintah persekutuan yang bertanggungjawab untuk menyiasat nahas berkaitan pengangkutan.
Sebuah pasukan penyiasat keselamatan pengangkutan dari pejabat Canberra sedang bersiap sedia untuk dikerahkan ke tempat kejadian bagi mula mengumpul bukti.
Penduduk setempat juga dinasihatkan untuk mengelak daripada menghampiri kawasan berkenaan.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.