Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut selepas bangunan terbakar di Sepanyol; bayi dalam keadaan tenat

Tiga orang terkorban akibat kebakaran yang berlaku di sebuah blok apartmen di bahagian timur laut Sepanyol pada Sabtu (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut selepas bangunan terbakar di Sepanyol; bayi dalam keadaan tenat

Tiga orang terkorban akibat kebakaran yang berlaku di sebuah blok apartmen di bahagian timur laut Sepanyol pada 5 Januari 2019. (Gambar-Gambar: Pau Barrena/AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 11:26PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 11:30PM

BADALONA, SEPANYOL: Tiga orang terkorban akibat kebakaran yang berlaku di sebuah blok apartmen di bahagian timur laut Sepanyol pada Sabtu (5 Jan).

Menurut para pegawai bomba, sekurang-kurangnya 16 yang lain cedera termasuk seorang bayi lelaki yang kini berada dalam keadaan tenat.

Jurucakap pasukan bomba di wilayah Catalonia memberitahu agensi berita AFP bahawa punca kebakaran yang berlaku di bandar Badalona itu masih belum diketahui. Identiti dan usia ketiga-tiga mangsa juga belum lagi dikenal pasti.

Seorang bayi lelaki yang berada dalam keadaan tenat adalah antara mangsa yang cedera akibat kebakaran itu. Dua orang dewasa juga berada dalam keadaan parah, menurut jabatan bomba dalam satu catatan di Twitternya.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan pada lewat pagi Sabtu (5 Jan), meninggalkan bangunan setinggi 10 tingkat itu tercemar dengan kesan-kesan hitam kebakaran. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan