Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut sedang tunjuk perasaan memuncak di Iraq

Pasukan keselamatan di Iraq pada Sabtu (23 Nov) melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan di bandar Nassiriya, meragut nyawa sekurang-kurangnya tiga orang.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut sedang tunjuk perasaan memuncak di Iraq

Tunjuk perasaan tercetus lagi di Baghdad, ibu kota Iraq pada lewat Oktober 2019 (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2019 06:14PM Dikemas Kini : 24 Nov 2019 06:19PM

BAGHDAD: Pasukan keselamatan di Iraq pada Sabtu (23 Nov) melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan di bandar Nassiriya, meragut nyawa sekurang-kurangnya tiga orang.

Sekurang-kurangnya 47 lagi cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan sedang para penunjuk perasaan membakar tayar-tayar kereta di tempat terbuka di kawasan bandar itu, terletak sekitar 300 kilometer selatan Baghdad.

Sekitar 350 orang terkorban sejauh ini dan ribuan tercedera dalam gerakan tunjuk perasaan yang tercetus sejak 1 Oktober. Bantahan-bantahan yang diadakan menuntut rombakan ke atas pemerintah yang dianggap ramai sebagai tidak berkesan.

Naib Presiden Amerika Mike Pence yang mengadakan lawatan mengejut ke negara Teluk itu, menyeru Iraq agar menahan diri daripada bertindak ganas.

Encik Pence bagaimanapun menyuarakan sokongan kepada negara Iraq yang bebas dan berdaulat. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pengaruh Iran di Iraq, yang menurut Washington, melemahkan kerjasama Baghdad dengan Washington.

Menurut seorang pegawai pemerintah, Perdana Menteri Iraq Adil Abdul-Mahdi melahirkan rasa kesal terhadap keganasan yang tercetus.

Encik Pence bercakap dengan PM Mahdi menerusi panggilan telefon kerana pemimpin Iraq itu menolak jemputan beliau agar bertemu di Pangkalan Udara Al-Asad.

Kunjungan mengejut Encik Pence itu bertujuan memberikan jaminan kepada kaum Kurdi di Iraq tentang sokongan dan kerjasama berterusan Amerika Syarikat dengan mereka.

Pengumuman Presiden Donald Trump mengundurkan askar-askar Amerika dari utara Syria sebelum ini dilihat sebagai satu tindakan yang mendedahkan kaum Kurdi kepada tindakan ketenteraan Turki.

Encik Pence juga ke Iraq untuk memberikan sokongan kepada askar-askar Amerika yang masih bertugas di sana.

Sumber : AFP/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan