3 maut, puluhan cedera susuli gempa bumi di Sichuan, China
Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban akibat gempa berukuran 6.0 pada skala Richter yang melanda wilayah Sichuan di China awal pagi tadi (16 Sep), dengan hampir 60 lagi penduduk cedera.

Kemusnahan di Sichuan, China akibat gempa bumi pada 16 Sep 2021 (Gambar: AFP/STR)
BEIJING: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban akibat gempa berukuran 6.0 pada skala Richter yang melanda wilayah Sichuan di China, dengan hampir 60 lagi penduduk cedera.
Gempa itu melanda Daerah Luxian di Bandar Luzhou awal pagi tadi (16 Sep).
Petikan CCTV menunjukkan batu bata bertaburan dan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan. Ratusan rumah juga ranap.
Trafik di sesetengah lebuhraya juga telah dilencongkan bagi memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.
Khidmat kereta api pula digantung sementara bagi memeriksa sebarang kerosakan pada landasan.
Operasi penyelamat sedang diteruskan bagi mencari para mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Sekurang-kurangnya 10,000 orang berjaya dipindahkan ke kem-kem perlindungan.
Para pegawai memberi amaran gempa susulan mungkin berlaku tapi pada skala yang lebih kecil.
Pada 2008, gempa sekuat 7.9 pada skala Richter melanda wilayah Sichuan, menyebabkan 87,000 penduduk terkorban atau hilang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.