Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut, puluhan cedera selepas kereta api tergelincir di AS

Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan puluhan lagi cedera apabila sebuah kereta api Amtrak di Montana, Amerika Syarikat (AS) tergelincir dari landasan.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, puluhan cedera selepas kereta api tergelincir di AS

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 03:14PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 03:16PM

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan puluhan lagi cedera apabila sebuah kereta api Amtrak di Montana, Amerika Syarikat (AS) tergelincir dari landasan.

"Amtrak sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa pengangkutan tempatan bagi membawa keluar penumpang dan menyelamatkan mereka yang cedera,"menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu.

Kereta api tersebut membawa sekitar 141 penumpang dan 16 kru ketika kemalangan berlaku.

Ia sedang dalam perjalanan dari Chicago ke Seattle apabila lapan daripada 10 gerabaknya terkeluar dari landasan.

Punca kemalangan belum dapat dipastikan.

Lembaga Pengangkutan dan Keselamatan Nasional, menyatakan sebuah pasukan khas sedang menyiasat kemalangan itu.

Penyelaras Perkhidmatan Bencana dan Kecemasan Montana memberitahu New York Times bahawa lebih 50 penumpang cedera.

Kereta api 'Empire Builder' itu tergelincir sekitar jam 4 petang waktu tempatan dekat Joplin di utara Montana, dekat sempadan Kanada.

Rangkaian kereta api AS menghadapi masalah kurang biaya dan kemalangan maut agak kerap berlaku. Pada 2018, dua orang mati di South Carolina apabila sebuah kereta Amtrak bergerak di landasan yang salah dan melanggar kereta api yang tidak bergerak. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan