3 maut ditembak di restoran di Johor, Malaysia
Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar Kota Tinggi pada pukul 1.30 tengah hari, pada Ahad (19 Apr), lapor Astro Awani.
Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar Kota Tinggi pada 19 April 2026. (Gambar: Facebook)
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, insiden tersebut melibatkan dua lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing berumur antara 37 hingga 63 tahun.
Jelasnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai ditembak menggunakan senjata api jenis senapang patah, lapor Astro Awani.
"Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 71 tahun kira-kira jam 2 petang, sekitar 200 meter dari lokasi kejadian.
"Polis turut merampas sepucuk senjata api jenis shotgun buatan Benelli M/Super yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan, seperti yang dipetik Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.