Skip to main content

Dunia

3 maut dalam serangan udara Israel ke atas Damsyik

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut dalam serangan udara Israel ke atas Damsyik

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 22 Jul 2022 02:46PM
ANKARA: Serangan udara Israel ke atas Damsyik, ibu negara Syria, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota tentera, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita Syria (SANA) pada Khamis (21 Jul).

Peluru berpandu itu dibedil dari Bukit Golan yang diduduki Israel yang menyasarkan pangkalan tentera, menurut SANA.

Tujuh tentera turut cedera selain beberapa kelengkapan rosak.

Menurut SANA, tentera udara Syria berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita